Utusan Cinta Dia oleh akuorgbiasa
Ringkasan
Permainan takdir itu rumit dan pelik, dan manusia biasa takkan pernah tahu corak dan hala tujunya. Begitulah takdir hidup seorang Edison Ng yang menyangka dirinya sudah temui bahagia apabila dianugerahkan seorang gadis yang boleh menerima baik buruknya. Bahagia yang diharapkan, rupanya bertahan sejenak cuma.
Satu insiden berdarah memusnahkan harapannya untuk hidup gembira seperti orang lain, sekali gus membuatkan hati Edison Ng terus gelap dan kosong. Timbul kemarahan pada Tuhan kerana memberikan dia hidup yang malang.
“Screw Him! Screw the damn God! Apa yang Kau tak puas hati dengan aku?!! Hah?? Sini! Turun sini!! Jawab dengan aku! Kenapa kau benci aku sangat sampai buat hidup aku jadi macam ni?!!!”
Tetapi benarkah ujian demi ujian yang ditakdirkan tanda Tuhan benci? Benarkah Tuhan hanya mahu dia menderita hingga dia mati?
Dalam dia panasaran meneruskan hidup tanpa arah tuju, takdir menemukan Edison Ng dengan Ahmad Tariq yang mengubah persepsinya tentang kehidupan. Persahabatan terjalin, tanpa mereka sedari yang di dalam hati mereka, ada wanita yang sama. Dr Teja Amani.
Sekali lagi, Ed dan Miss Pen Pal bertemu dan terperangkap dalam cinta tiga segi.
Apakah Tuhan bakal memberikan takdir indah buat Ed kali ini dengan mengizinkan dia Bersatu dengan cinta pertama? Atau sekali lagi, takdir bakal membuatkan dirinya kecewa?
Utusan Cinta Dia… Bukan kisah cinta biasa…
Ulasan
Beli sebab curious nak tahu kesinambungan kisah Ed Teja Thor. Sedih sangat. Tapi sgat terbaik, aob never dissapoint me. This master piece is my favorite among all aob's ebook. Thanks aob sebab buat karya best. Truskan brsmgat hasilkan karya" hebat. Will definitely support u in future
One of the novel that really touch my heart. tak macam novel lain dan tak cliche langsung. Isi novel tak berkait pasal cinta sangat, tapi more to kenal Islam lebih dalam dan cintakan agama Allah. And also pasal persahabatan. I have read this for more than 5 times and yet i'm still can't move on with this novel!! Goodjob Akuorgbiasa for making this amazing kind of novel <3
Sweet dooh novel ni and Alhamdulillah to the happy ending! Banyak pengajaran boleh diambil dalam novel ni, thank you AOB!
Tidak ramai penulis yang ketika saya membaca karyanya, membuatkan saya tak sabar nak teruskan pembacan hingga ke akhirnya dan ketika sedih terasa perasaan itu menusuk ke hati. Oleh itu, tahniah kepada penulis "Akuorangbiasa", sudah menjadi one of my favourite writers selain dari arwah Melur Jelita. Terima kasih untuk novel ini. :)) Best baca novel ini dengan bahasa sengal yang memang selalu digunakan di era saya remaja dulu. Perasaan sedih dan menitis air mata saat Thor pergi buat selamanya. Para pembaca sekelian, sila lah baca novel ini. Pasti tidak akan mengecewakan anda. :))
indeed.. karya AOB xpnah mngecewakan. dn plng best, part thor jd saksi ed his 1st syahadah. and ed lost someone precious amatlah sakit.. can feel it
This book absolutely a tear jerker, I cried so bad like tiada hari esok. Buku ni sambungan Miss Pen Pal. It is well written, I loved it!
Tak berani nak start lagi..dah tengah malam esok kerja…takut start nanti..besok kene EL(dahsyat betul pengaruh novel AOB ni) Baca review pun dah ada rasa tingle nak intai sikit bukunya…haish!semoga istikhomah sampai hujung minggu ni pulak lahai…
banyak pengajaran yang menginsafkan. kalau dah jodoh memang tak kemana orang kata.
menangis baca citer dia
Tahniah AOB! Sangat2 best sambungan dari cerita Miss Pen Pal ni. Dengan gaya penceritaan yang sangat santai dan menghiburkan tetapi penuh dengan pengajaran dan unsur Islamik yang amat berkesan. Lepas ni nak baca The Bad Boy's Girlfriend pulak...
If you ever need a good cry, bacalah novel ni.. berhari2 saya nak recover dari kisah sedih dlm citer ni (don't worry, novel ni still happy ending ✌️).. tp tulah, penangan sedih dia tu mmg menusuk jiwa.. huhu.. well done author! Love sgt semua karya aob!
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.