SAINS UNTUK MANUSIA oleh Dzulkifli Abdul Razak
Ringkasan
'Sains untuk Manusia' menumpukan kepada kesan terhadap penyelidikan dan pendidikan sains andainya kita tidak berhemah dalam menghadapi cetusan Revolusi Industri ke-Empat (RI4.0) di Malaysia. Tiga cabaran utama bakal dihadapi dalam memajukan ilmu sains pada era RI4.0. Pertama ialah kesan kepada ketamadunan manusia yang bakal diubah oleh ledakan RI4.0, malahan daripada revolusi-revolusi terdahulu yang telahpun merosakkan alam sekitar. Cabaran kedua adalah pemupukan insan seimbang melalui pendidikan sains untuk generasi mendatang. Akhir sekali, kemelut arah penyelidikan sains yang telah jauh menyimpang dari 'akar' ilmu ditekan pula kepincangan yang 'dibawa' oleh RI4.0 kerana hanya menekankan kepada sentuhan teknologi. Lantas meninggalkan masyarakat hanyut dalam gelombang RI4.0 tanpa sebarang sentuhan insani dan hati budi.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.