Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah
Ringkasan
Novel yang menjadi pilihan ribuan pembaca kini dicetak semula! Novel ini juga bakal diadaptasi ke drama dalam masa terdekat! Antara karya Siti Rosmizah yang harus dimiliki.
SINOPSIS:
“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.” “Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.” Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela. “Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.
HALAMAN: 592
ILHAM PENULIS:
Umpama mimpi dalam mimpi, itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi?
Rasanya tidak, kerjaya sebagai seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama.
Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang.
Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan-rakan, saya akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk saya tetapi satu anugerah dari-NYA. - Siti Rosmizah
Ulasan
Aku baru baca bab 18. Sumpahh sedih betul kisah hidup Leya. Kena baca smpai habis untuk dijadikan pengajaran hidup. Best jalan cerita dia. Tak sabar nak tngok drama nanti. Confirm ramai yang geram nanti
Saja repeat nk tb novel hot ni
Best
Read tru half already excited
Atcually i dh baca buku ni masa 2016 x silap i.. cita dia memang best.. bila dh ada movie ni i beli blik hahahahhahaah
Great
Cerita yang amat menyentuh perasaan. Sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu setiap bait2 cerita dlm buku ini akan mencambahkan rasa cinta kasih sayang airmata derita dan kebahagiaan pada akhirnya. Terima kasih kepada penulia cerita ini. Tak sabar nak teruskan membaca edisi seterusnya. In sha allah
Bestttttt
such a loving novel. jenuh tahan air mata dalam ets.
Love it very much… thank you
Good
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.