Melodi Kasih Kita oleh Hezzy Azra
Ringkasan
Zahara Inas – Ahmad Fariq
“Fine! I am independent. Why? Is that a problem to you?!” Zahara tinggikan suara. Hatinya mendidih.
“It is a problem to me! Do you want to know why? Because I’m beginning to feel that you are part of my life... but I just realized that I don’t even have a room in your heart!” Fariq bersuara dalam getar. Merah mukanya menahan kemarahan.
Edrina Julia – Taj Ghazi
“Cerita penting apa pula ni? You ni, EJ... macam baru semalam kahwin dengan I. I tak ada rahsiakan apa-apa pun daripada you. Percayalah,” ujar Taj lembut.
“Tapi kalau I tahu you rahsiakan sesuatu daripada I, jangan harap lepas tu I akan percayakan you walaupun sebesar hama. You are going to lose my trust in you, Taj.” Suara Edrina mendatar tetapi tegas menggertak.
Iman Syukriah-Huzir
“Iman bukan provok dia. Cuma nak betulkan keadaan. Sebelum semua ni berlarutan dan semakin tak terkawal.” Iman melahirkan pendapatnya.
“On one hand, you are doing the right thing. But on the other, you are making it worse. Perkara macam inilah yang abang cuba elakkan. Dari soal kerja, sekarang dah libatkan hal peribadi.” Huzir menahan geram.
Mereka lahir dalam bulan yang sama. Tetapi takdir cinta mereka berbeza.
“Melodi kasih kita tak sama. Iman... kau bercinta dengan Huzir dari dulu sampai sekarang tanpa sebarang dugaan hebat. EJ pula, banyak kali putus cinta. Tapi akhirnya, jatuh cinta dengan Taj selepas berkahwin. Aku... masih tak tahu haluan cinta dengan Fariq. Mungkinkah aku akan jadi sebertuah kau, Iman? Atau aku harus bersikap optimis dan positif macam EJ?”
Ulasan
Novel-novel Hezzy Azra tidak pernah mengecewakan. Dan Melodi Kasih Kita adalah antara yang terbaik. A must-read, bak kata omputih. Tak puas membaca sekali, mesti nak baca sekali lagi...
Menarik betul kisah tiga sahabat ini.. Walaupun kisah EJ dan Zaha lebih banyak mendominasi namun keakraban mereka bertiga sangat baik..
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.