Dalam Benci Ada Rindu oleh Hairynn Salehuddin

Dalam Benci Ada Rindu by Hairynn Salehuddin from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: Romance
ISBN: 978-967-406-297-2
Ukuran file: 7.10 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

DAHLIA AFREENA turut sama membenci lelaki bernama FARIQUE DANIEL kerana telah menyakiti hati kawan baiknya, Fatin. Dia ditangkap tidur dengan perempuan lain dirumah mereka. “Tak faham bahasa ke? Dah cakap tadi kan, jangan kacau dia lagi!” Tempik Dahlia pada Farique. Dan bermula dari situlah, masing-masing menyimpan dendam. Bagi Farique, Dahlia tiada hak nak masuk campur hal rumahtangganya. Dan bagi Dahlia pula, lelaki seperti Farique tak layak diberi peluang kedua. Lelaki yang tak pandai menghargai isteri sendiri. Benarlah kata orang, semakin kita membenci seseorang semakin dekat dia pada kita. Dahlia mendapat tawaran bekerja di syarikat Bumi Holdings. Syarikat yang diimpikan selama ini. “Farique Daniel bin Kamal.” Alangkah terkejut Dahlia bila diberitahu yang dia akan bekerja dibawah Farique selaku ketua jurutera. Tiada tempat untuk Dahlia larikan diri kali ini. “Dekat sini aku ketua. Kau kena ikut arahan aku. Jangan bantah.” ~ FARIQUE “Selagi hati aku sakit, selagi itulah aku akan buat kau sakit hati dengan aku.” Farique masih menyimpan dendam pada Dahlia. Hendak atau tidak,terpaksa jugalah Dahlia bertahan dengan apa yang Farique cuba buat padanya. Semua yang Dahlia buat tidak kena dimata Farique. Memanjang salah. Tapi siapa sangka, dalam pada benci timbul satu perasaan lain dalam hati mereka. Apakah perasaan itu yang membuatkan mereka berubah sikap? Muncul pula AIDIL HAZEEM, anak lelaki tunggal pemilik syarikat Bumi Holdings. Layanan mesra yang diberikan pada Dahlia membuatkan Farique semakin berubah. “Awak dah kenapa? Nak tunjuk sangat romantik and caring awak pada saya? ~ DAHLIA “Sebab hati. Hati ni dah tersuka pada perempuan bernama Dahlia.” ~ FARIQUE Dan dalam tak sedar, hati Dahlia sebenarnya turut tercuit dengan layanan Farique Adakah Farique jodoh buat Dahlia? Tetapi adakah benar Farique menduakan cinta dan perasaannya pada Fatin dulu? Bagaimana pula dengan perasaan cinta yang hadir tanpa diundang? “I love you sayang.” Dahlia tersepit antara Farique dan juga Fatin. Siapakah yang lebih dia sayang? Semuanya akan terjawab dalam pengakhiran novel DALAM BENCI ADA RINDU.

Ulasan

by Aireenn on June 10, 2023

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan