Hate Or Love You oleh Eliza AB
Ringkasan
Hanya kerana gambar aibnya bersama dengan seorang lelaki, Nurin Natasya diceraikan pada malam dia dinikahkan. Dia dihina, dituduh sebagai pelacur dan hampir dirogol. Akibat dari kejadian itu, Encik Nazaruddin meninggal dunia dan Puan Noraishah membencinya. “Kalau bukan disebabkan dia, abang tak akan pergi dulu daripada Nora. Nora benci dengan dia.” - Puan Noraishah Selama 5 tahun Nurin Natasya menyimpan perasaan dendam. Orang yang bertanggungjawab dalam kejadian itu perlu dicari dan dihukum. Pertemuan dengan Farid Aiman menjadi titik permulaan kepada matlamatnya. Amir Hakim, ayah Farid Aiman penyebab kepada kesemua yang terjadi pada dirinya. “Pandai kau berlakon. Kau ingat aku tak kenal siapa diri kau yang sebenarnya?” - Nurin Natasya Bagi Farid Aiman, pertemuan dengan Nurin Natasya membuatkan hidupnya tidak tenang. Gadis itu sukar untuk didekati dan seorang yang perahsia. Demi untuk mengenali siapa Nurin Natasya, Farid Aiman mengatur rancangan. “Kenapa sukar untuk aku dekati kau, Nurin. Rahsia apa yang kau sembunyikan selama ini?” - Farid Aiman Berkahwin dengan Farid Aiman bukanlah keinginan Nurin Natasya. Demi untuk membalas perbuatan sekaligus menjatuhkan Amir Hakim, dia terpaksa menerima perkahwinan itu. Hanya dengan mempergunakan Farid Aiman, mudah untuk dia membalas dendam. Berjayakah Nurin Natasya membalas dendam? Rancangan apa yang diaturkan oleh Farid Aiman demi untuk mengenali Nurin Natasya? Siapa pula lelaki di dalam gambar yang telah memusnahkan hidup Nurin Natasya?
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.