THE BACHELOR #2 : MY COLD BLOODED PRINCE oleh Ameera Ameer
Ringkasan
Tengku Daniel Hun Iskandar, siapa yang tidak kenal dengannya. Berbekalkan wajah kacak, kaya, berpenampilan kemas dan bergaya, dia digelar the most eligible bachelor in town yang digilai dan diintai oleh ramai anak-anak kenamaan. Tetapi sayangnya, seorang Hun bukan mudah untuk jatuh cinta lebih-lebih lagi setelah gadis yang diminati dalam diam adalah milik sahabat sehidup semati. Dinginnya Hun berbicara tentang perkahwinan membuatkan Bonda Zati bingung dan mula merancangkan sesuatu. Keisya Allison Carter Tan Sri Roslan, hidup tenangnya mulai berubah apabila dia dipaksa berpindah ke Malaysia mengikut bapanya setelah ibu kandungnya kembali kepada agama asal dan berkahwin baharu. Tinggal satu bumbung bersama ibu tiri yang tidak pernah menerima kehadiran dia, membuatkan Keisya lemas sendiri. Bimbang tindakan isterinya membuatkan Keisya memilih kembali kepada ibu kandungnya, akhirnya Tan Sri Roslan membuat tindakan nekad. Perkahwinan! Ya, Keisya akan dinikahkan. Aturan keluarga menemukan mereka. Seorang berdarah sejuk dan seorang lagi panjang akalnya. Masing-masing nekad untuk menggagalkan ‘blind date’ yang dirancang. Tetapi apabila orang tua keduanya berkeras dengan rancangan yang diaturkan, mampukah mereka menolak lagi? Tidak, kerana itu bukan permintaan tetapi adalah arahan! “Do you have anything to say?” – Hun “No.” – Keisya “No? Are you sure?” – Hun “Okay, I know I’m wrong and I’m sorry,” – Keisya “What did you do wrong?” - Hun “I lied to you.” – Keisya Suasana yang tenang rupanya hanya seketika. Kisah Hun lima tahun lalu menghantui hidupnya semula. Kerana dendam seseorang kehidupannya terancam. Musuh senyap memburunya dalam diam membuat Hun penasaran. Nyawanya mula menjadi pertaruhan. Sejak saat itu, keselamatan bonda dan Keisya mula menjadi keutamaan. “Your wife is so damn beautiful, Tuan Muda Hun.” – Zackry “Touch my wife, I’ll send you to hell!” – Hun Jangan dicabar diamnya seorang Hun. Sekali dia diancam, sepuluh kali dia membalasnya. Tetapi mampukah Hun melindungi orang-orang yang disayangi apabila dia diserang di setiap penjuru tanpa henti? You’ll be safe even if I have to die. That’s my promise! – Hun
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.