Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini oleh Azhar Ibrahim

Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini by Azhar Ibrahim from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Azhar Ibrahim
Kategori: Politics
ISBN: 9789670960654
Ukuran file: 1.42 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

"Sebagai seorang ilmuan, Dr. Azhar Ibrahim menghayati isu-isu dalam Pengajian Melayu sebagai rangkaian yang kait mengait, memahami satu bidang memerlukan pengolahan bidang yang lain dalam wacana yang semakin meluas; sejarah menjurus ke tema kebebasan; orientalisme menilai kembali kesulitan dalam feudalisme; humanisme memperluaskan lagi makna dalam teks Melayu; multikulturalisme menyentuh pembinaan identiti; kekaburan akademik menyekat kefahaman masyarakat; neo-liberalisme menentukan arah pengajian seni dan sastera; idealisme diimbangi oleh perancangan dalam wacana pengajian yang baru. Dr. Azhar Ibarhim menyeru orang-orang muda supaya mengenali sejarah dan mengekalkan adab dan adat Melayu. Tema berpasangan ini yang dikupas begitu mendalam menaikkan lagi darjat Pengajian Melayu sebagai satu bidang ilmu yang sah dan berguna." Prof Dr Zakaria Ali Malaysia "Kelangkaan inteligensia Melayu Singapura yang peduli akan jatuh bangunnya bangsa Melayu Singapura, khususnya terhadap budaya yang menjurus mengenai seni sasteranya, menurut saya mula tumbuh kembali apabila kita mahu mengenal sosok peribadi Dr Azhar Ibrahim. Kegiatannya yang memunculkan pertemuan-pertemuan seperti CITA, KULIAH BUSTAN menjadi kenyataannya. Begitu pula dengan terbitnya buku Menyanggah Belenggu Keracunan Fikiran ini, mudah-mudahan akan lahir satu sosok ahli fikir yang berani mendobrak cara berfikir yang lazim membelenggu bangsa kita, insya-Allah." Suratman Markasan Sasterawan, Singapura

Ulasan

Menyanggah belenggu, keracunan fikiran masakini
by NORME BT. HAJI SALEH on February 15, 2025

Kerancuan fikiran yang wujud dalam masyarakat dan individu adalah penghalang utama bagi membangunkan masyarakat yang berakal sihat, waras, beradab, bermartabat dan seimbang. Pemikiran yang rancu itu boleh kita sifatkan sebagai pola pemikiran yang kusut, kabur, kalut dan kelam kabut.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan