Bidadari Ustaz Cool oleh akuorgbiasa

Bidadari Ustaz Cool by akuorgbiasa from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: akuorgbiasa
ISBN: 978-967-17537-7-4
Ukuran file: 8.31 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Bidadari Ustaz Cool ini ialah novel "Kerana Kau Hawa Ku" edisi baharu Andai kita berkorban kerana Allah, pasti Allah akan balas berlipat kali ganda.   Itulah yang dialami Fatimah Zahra, seorang gadis yang rela memadamkan rasa hati yang dipendam buat si Ustaz Cool, Ahmad Naqib demi kasihnya pada sang sahabat. Tambah pula, Ustaz Cool dambaannya itu tak memandang dirinya sebagai wanita istimewa. Maka dia memilih mengundur diri.   Namun takdir Tuhan menemukan mereka semula untuk temu janji yang dirancang dua keluarga.   Zahra, gadis pilihan umi Naqib. Pertama kali berjumpa semula, hati Naqib sudah yakin sebulat hati, Zahra bidadarinya.   Tetapi Zahra pula yang menjadi sangsi. Adakah benar bulan dah jatuh ke riba?   Mengapa Naqib tiba-tiba berubah hati?   Apa rahsia di sebalik keputusan Ustaz Cool itu?   "Fatimah Zahra, awak sudi jadi bidadari saya?"   "Jadi bidadari Ustaz Naqib, siapa je yang tak nak!"  

Ulasan

Masih Lagi Best
by Niess Aziz on February 14, 2026

Patutlah saya rasa dah pernah baca kisah ustaz Naqib dan Fatimah Zahra. Bertahun dah baca KKKH. Bestlah dan sweet bersemut ustaz Naqib. Bagus AOB mewarnakwn watak ustaz Naqib ni masih ada kelemahan walaupon ilmu agama penuh di dada, membuktikan manusia itu lemah, walau setebal manapun imannya.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan