Bermula hanya DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU yang diterima dari seorang pegawai polis trafik, Megat irfan Wafiy, cikgu Puteri Salwani mula berubah setelah hidup dengan dendam selama lebih 5 tahun akibat dikecewakan oleh seorang lelaki yang dicintainya separuh mati. Bagi pihak Tuan Megat, dia mula jatuh hati pada gadis yang telah disamannya itu kerana merasakan dia seperti telah mengenali gadis itu sebelum ini.
“Wani….sebenarnya saya dah lama kenal awak…tapi kenal melalui gambar saja…”- Tuan Megat.
Hubungan kedua-dua orang tua Tuan Megat dan orang tua Puteri Salwani yang kebetulan berkawan baik cuba mengatur jodoh mereka. Kemunculan semula lelaki durjana itu, Fauzan, telah memporak-perandakan hidupnya yang baru sahaja ingin menyemai benih-benih cinta bersama Tuan Megat
“Hei! Kau dengar sini baik-baik. Wani ni sebenarnya cukup sayang dan cintakan aku dulu….dan aku yakin yang dia masih sayang dan tetap cintakan aku sekarang ini. Aku tahu dia tak dapat lupakan aku sebab aku ni kekasih awal dan akhir dia….kehadiran kau tu cuma untuk mengubat hati dia yang terluka disebabkan aku”- Fauzan
Masa depannya yang mulai gelap akibat perbuatan lelaki durjana itu, menyebabkan Puteri Salwani mula berhasrat untuk mengundurkan dirinya dari lelaki sebaik Tuan Megat.
“Awak…..tolonglah pergi. Saya dah tak mampu untuk berhadapan dengan awak lagi. Saya tak kuat. Tolonglah….jangan tambah lagi derita saya ni. Awak lelaki yang baik….dan memang tak layak untuk perempuan kotor seperti saya ni…”- Puteri Salwani
“Saya nak Wani tahu yang saya tetap akan tunggu Wani sampai bila-bila……sampai pintu hati Wani terbuka kembali untuk saya kerana hati saya tak pernah berubah walau sebesar zarah sekali pun kerana sekali saya mencintai seseorang, insya Allah saya akan terus mencintainya selamanya…….”-Tuan Megat
Pertemuan yang tidak disengajakan dengan Izham yang mempunyai paras rupa saling tidak tumpah seperti Tuan Megat, menyebabkan misi untuk melupakan Tuan Megat semakin sukar.
“Awak ni artis popular ke? Kalau ya, minta maaflah…..saya memang tak minat nak mengikuti perkembangan artis-artis di Malaysia ni…..”- Izham
Izham telah memberikannya jawapan kepada persoalan yang cukup dicari-carinya selama ini.
Siapakah sebenarnya Izham? Apakah jawapan itu? Mampukah Puteri Salwani mengundurkan diri dari hidup Tuan Megat? Bagaimanakah pula dengan Tuan Megat? Sanggupkah dia terus menunggu jawapan dari Puteri Salwani?
Ulasan
surat saman
by Fathiah bt Jamal Abd Nasir on May 09, 2018
ok la....
Best
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on July 05, 2019
Walaupun dah boleh agak akhirnya wani pilih siapa, tp tetap nak teruskan bacaan sbb tertanya2 izham tu siapa.... dan fauzan tu dapat tak bagitau kebenaran.... geram sungguh dengan perangai fauzan!!
Not bad
by Kyraridzuan on March 04, 2022
Kesetian, Keikhlasan mereka begitu indah terutama untuk Megat Irfan..
daripada sekeping surat samanmu
by Haifa Harezah on December 01, 2022
BESTTTT
Boleh tahan cerita..ending best
by Zakiah sakinah on August 02, 2023
Ending best
daripada sekeping surat samanmu
by Nor amira shakira binti zainuddin on November 02, 2023
best
daripada sekeping Surat samanmu
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on February 24, 2024
cerita best sgt. ketulusan, ikhlas, kepercayaan, bergantung diri kepada Allah nikmat sebenar ganjaran juga adalah yang terbaik. byk moral yg diperolehi dalam novel Ni.
untuk SURAT SAMAN NOVEL
by on March 11, 2024
well disebabkan saya xabis baca novel ni so saya xdpt nk review abis...just review dri permulaan story je eh...not bad...walaupun wani ni dia xdpt terima any boys after the bf but afterr meet megat dia finally can try accept it huhu.. walaupun wani ni marah ngn ibu diaa sbb buat keputusan tnpa tnya dia
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.