Analisis Data Kualitatif dengan Atlas.ti8 -Penerangan Lengkap langkah-demi-langkah oleh Othman Talib
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Othman Talib
Kategori:
Science
ISBN:
978-629-7689-72-2
Penerbit:
UPM Press
Ukuran file:
48.77 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Buku Analisis Data Kualitatif dengan ATLAS.ti 8 ini memberi tumpuan kepada tiga projek kajian kualitatif sebagai asas memahami aplikasi ATLAS.ti 8 bagi memberikan senario situasi kajian sebenar. Kajian kualitatif sebagaimana kajian kuantitatif juga adalah satu pendekatan yang sangat penting khususnya dalam kajian sains sosial. Kajian ini penting kerana keupayaannya mengupas secara mendalam data subjektif berbentuk seperti temu bual, nota lapangan, rakaman suara, video, foto, dokumen dan online discourse bagi mentafsir pendapat, persepsi dan persetujuan. Computer Aided Qualitative Data Analysis (CAQDAS) merujuk kepada perisian komputer untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat beberapa contoh CAQDAS di pasaran seperti AS.ti, NVivo, MAXqda, Qualrus dan lain-lain lagi. Buku ini memperkenalkan ATLAS.ti 8 sebagai satu lagi alternatif kepada mereka yang berminat untuk membuat kajian kualitatif dengan perisian ini. ATLAS.ti 8 sebagaimana CAQDAS yang lain dibina untuk membantu penyelidik membongkar secara sistematik kisah di sebalik data kualitatif.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.