Falling In Love oleh Sya Ryanna

Falling In Love by Sya Ryanna from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Sya Ryanna
Kategori: Romance
ISBN: 978-967-0657-35-6
Ukuran file: 7.07 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“You nak call siapa tu??” – Raykal Asyraff “Ermm.. polis?”- Yasmeen Zalikha “Polis?!” - Raykal Asyraff “Eh..bukan eh? Saya call bombalah,” – Yasmeen Zalikha “Hello, there’s no fire in here!” – Raykal Asyraff “But.. there’s a fire in your heart!” – Yasmeen Zalikha Pertemuan Yasmeen Zalikha dan Raykal langsung tidak diduga pada awalnya si gadis menyangka lelaki yang berada di hadapannya itu sombong, bongkak sebab pakai Ferrari, RayBan, kemeja dan kasut yang susah-nak-eja, dan perasan handsome. Entah kenapa sering saja dia bertembung dengan lelaki itu, tambah-tambah lagi dia merupakan sahabat baik kepada majikannya yang turut menyukai Yasmeen Zalikha dalam diam. Muncul semula Tengku Iskandar di hadapan Yasmeen Zalikha membuatkan dia terpaksa ‘pergunakan’ Raykal Asyraff mengelakkan Tengku Iskandar kembali menagih cinta yang sudah lama terkubur. Lama-kelamaan terdetik di hati Raykal Asyraff yang dia sudah mula sukakan Yasmeen Zalikha tanpa dia sedar. Mampukah Raykal meraih hati Yasmeen Zalikha yang begitu sukar menerima lelaki? Bolehkah Tengku Iskandar memujuk hati Yasmeen Zalikha? Dapatkah Yasmeen Zalikha membuat pilihan?

Ulasan

Falling In Love
by on June 25, 2020

Best,nice

faling in love
by nur diyana bt ismail on July 28, 2021

best sgt jalan citernyer, tp geram dgn watak yasmeen tu.

Falling In Love
by on March 03, 2023

Apa je definisi Falling In Love pada Raykal ye? Dah berusaha nak tarik perhatian Yasmeen kononnya suka. Bila dah bertunang boleh pulak senyap-senyap pergi peluk-peluk Ellina kat mall? Kata tak ada apa-apa dengan Ellina tapi melayan di belakang Yasmeen? Tipu kata outstation kat Munich, mabuk dan peluk perempuan lain di kelab malam. Lepas dah buat salah besar, senangnya mintak maaf macam salah dia tu perkara enteng dan guna air mata kononnya menyesal sangat? Bila dah kahwin Yasmeen tak sihat boleh pulak suruh pergi klinik sendiri kononnya ada meeting penting rupa-rupanya ada skandal di luar, peluk pinggang perempuan lain? Siapa yang jadi ulat beluncas yang lentok kepala kat Raykal tu sampai ke sudah tidak ada penjelasan. Saya mengharapkan Yasmeen menunjukkan gambar-gambar yang diambil untuk menuntut pencerahan dari pihak Raykal. Sayangnya dia tak buat macam tu. Rasanya penulis dah terlupa nak buat penjelasan tentang perempuan tu sebab tak sabar nak taip ending cerita ini. Buat salah selalu tapi lepas tu asyik suruh maafkan dia? Macam tak ada kesedaran dan keinsafan pun? Ingat hati Yasmeen tu plastik dan boleh dipermainkan? Saya sebagai seorang perempuan boleh merasakan perasaan Yasmeen yang kecewa kerana dicurangi. Walaupun tidak menyokong kerenah Yasmeen yang kelihatan kurang adab dengan suami setelah keinsafan wujud di hati Raykal tapi itulah buah yang tumbuh hasil kecurangan yang berkali-kali dituai oleh Raykal. Sakitnya tu di sini di dalam hati Yasmeen. Maaf, dah spoilkan jalan cerita tapi memang geram dengan kedua-dua hero heroin dalam cerita ini..

Falling in love
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on February 10, 2024

I love very much

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan