Legally Wife oleh Yaya Abdul Rahman

Legally Wife by Yaya Abdul Rahman from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Legally Wife
ISBN: LegallyWife_01
Ukuran file: 1.17 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Sinopsis Detik pertemuan antara mereka tidak pernah menoktahkan cerita. Terbitnya rasa cinta Feya kepada Tuan Haji Zariq merupakan rasa yang mengamit segalanya. Tidak semena-mena dia dibuang keluarga kerana cintakan lelaki yang berbeza 20 tahun usianya. Tidak cukup dengan itu, menjadi ibu segera kepada si kembar yang banyak keletah dan ragamnya benar-benar mencabar diri seorang Feya. “Tuan Haji bahagia? Do you love me as I love you?” – Feya Childish versus matured. This is us. “Saya akan jaga awak, Feya. Saya akan jaga awak. Biar dunia pulaukan awak, awak tetap ada saya.” – Tuan Haji Zariq “Jujur, Tuan Haji?” – Feya “Bersaksikan langit dan seisi alam milik Tuhan, saya akan memperisterikan awak Feya. Mengangkat martabat awak menjadi isteri solehah saya.” – Tuan Haji Zariq Suka Feya melihat wajah tenang lelaki matang itu. Sumber kekuatannya. Stress macam mana pun, apabila terpandangkan wajah tenang itu, hati Feya serta-merta menjadi setenang air di telaga zamzam. Ajaib sungguh kuasa Tuhan! Tarikan magnet dalam diri Tuan Haji Zariq terlalu kuat untuknya tolak. Benarlah, Tuan Haji Zariq tercipta untuk Feya. “Tuan Haji, sampai bila kita nak macam ni? Maksud saya, rahsiakan perkahwinan kita dengan budak-budak ofis.” – Feya “Kenapa? Sayang nak semua orang tahu tentang kita? Tentang sayang yang dibuang keluarga. Tentang perkahwinan kita yang tak mendapat restu keluarga. Tentang anak Tan Sri Maleeq mengahwini duda terlajak usia. Tentang anak-anak abang yang masih tak dapat menerima kehadiran sayang dalam diri mereka.” – Tan Sri Zariq Berusaha menawan cinta, akhirnya Feya berjaya mendakap cinta abadinya. Tonggak dirinya hanya satu. Tuan Haji Zariq adalah insan yang paling layak dijadikan pendamping hidupnya. Walaupun, seisi alam menidakkan perkahwinan mereka berdua. Ternyata, jalinan jodoh itu adalah rahsia Tuhan Yang Maha Esa.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan