Tengku Kay Pelindung Sebelah Rumah oleh Yaya Abdul Rahman
Ringkasan
Melisa Delaila dipulaukan dek satu insiden yang terpaksa ditanggungnya seumur hidup. Asbab berkahwin dengan si anak teruna yang mana keluarganya amat mementingkan pangkat dan darjat. Walaupun, seisi keluarga kerabat itu mencemuh dirinya yang hadir dalam hidup Tengku Jayden, Tengku Kayden setia berada di sisi. Sebagai pelindungnya. Lelaki itu memegang amanah si adik yang amat sukar untuk ditolak atau dipersia. “Orang macam dia tak payah kita kasihan. Dari dahulu mummy dah cakap, mummy tak suka dia sibuk menempel dengan anak mummy. Eh, ke mana-mana Jay pergi pasti ada dia. Menyampah mummy!” – Tengku Julia “Kau memang betul-betul nekad ke, Jay? Tengku Mummy dengan Tengku Daddy tak suka kau berkawan dengan aku. Inikan pulak bila dapat tahu kau nak nikahi aku. Aku tak nak perkahwinan yang tak direstu, Jay. Nanti tak kekal lama.” – Melisa Delaila Ah, masin mulut wanita itu! Setahun bahtera perkahwinan yang mereka bina, akhirnya hancur penuh derita dan luka. “Aku pelindung kau, Melisa.” – Tengku Kayden “Tengku Kay seorang lelaki yang sangat baik. Kenapa Tengku Kay beria-ia melindungi saya? Saya hanya bekas adik ipar sahaja.” – Melisa Delaila “Kau adalah amanah kepada aku. Untuk aku jaga sebaik-baiknya. Untuk tak aku persiakan begitu sahaja. Biar seisi keluarga aku membenci kau, akan aku lindungi kau dan anak dalam kandungan kau, Melisa.” – Tengku Kayden Ternyata, kepulangan Melisa Delaila benar-benar tidak didendangkan oleh keluarga kerabat itu. Akankah cacian dan makian terus-terusan meniti di bibir Tengku Julia kepada Melisa Delaila? Niat baik Tengku Kayden untuk membawa pulang Melisa Delaila berbaik dengan Tengku Julia benar-benar menggugat prinsipnya. Apakah yang terjadi seterusnya? Masihkan tersinar secebis kebahagiaan buat diri Melisa Delaila dalam keluarga itu? Mengapa Tengku Kayden bersungguh mahu menjadi pelindungnya? Sama-sama kita selami dalam Tengku Kay, Pelindung Sebelah Rumah.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.