Faozan Noah Dia Yang Melukai oleh Yaya Abdul Rahman
Ringkasan
Hati wanita mana yang tidak retak apabila melihat suami tercinta merangkul lengan perempuan lain di hadapan mata sendiri? Nara Liana, seorang isteri yang setia, tidak pernah menyangka hari itu akan menjadi titik tolak episod luka dalam perkahwinannya. Niatnya hanya satu – mahu mengejutkan suami tercinta, Faozan Noah, di tempat kerja dengan sedikit bekalan makanan kegemaran. Namun, 'kejutan' itu bertukar tragedi apabila mata menangkap bayangan lelaki miliknya bersama wanita lain. Plastik makanan terlucut dari tangan, oren bergolek perlahan ke kaki Faozan, dan saat itu seolah-olah seluruh dunia terhenti. Tatapan Nara Liana cukup untuk menyampaikan ribuan rasa – kecewa, keliru dan hancur. Tanpa kata, dia berlari pergi, meninggalkan segala isi hati yang telah remuk di kaki lima bangunan. Faozan tergamam. Tidak tahu mahu kejar isteri atau melayan Delilah Astilla – wanita cantik, anak bosnya, yang sedang cedera di sisi. Situasi jadi rumit. Padahal tiada yang berlaku, hanya kebetulan waktu dan takdir bersilang. Delilah pula langsung tidak menyangka lelaki yang disangkanya bujang itu sudahpun beristeri. Kini, Faozan berperang dengan dirinya sendiri. Antara menjelaskan kebenaran atau terus menjadi suami yang gagal mempertahankan kepercayaan isterinya. Satu salah faham telah mengguris hati wanita yang paling dia cintai. Mampukah Faozan menebus kesilapannya? Mampukah dia memujuk Nara Liana kembali percaya pada cinta mereka? Atau mungkinkah hati yang terluka tidak mampu dijahit semula? Dalam kisah ini, cinta diuji, kepercayaan dipertaruhkan, dan kesetiaan menjadi taruhan. Sebuah kisah tentang salah faham, kejujuran, dan usaha menebus cinta yang hampir hilang.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.