Leo Nadal The Player oleh Yaya Abdul Rahman

Leo Nadal The Player by Yaya Abdul Rahman from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: thePlayer_01
Ukuran file: 1.42 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Leo Nadal, lelaki bertubuh sasa persis Hugh Jackman hero terkenal The Wolverine, memiliki wajah tampan, membuatkan jantung setiap wanita gugur hanya dengan melihat senyuman indahnya. Namun, Leo bukan sekadar figura kacak yang mampu mencairkan setiap hati wanita, dia adalah bayangan mimpi buruk dalam satu jasad. Leo merupakan pengasas utama kepada ‘The Player Agency’. Sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan luar biasa sebagai boyfriend sandaran kepada wanita-wanita yang dikhianati tunangan sendiri. Syarat Leo cuma satu, mereka harus berjanji untuk tidak kembali kepada bekas kekasih itu. Walaupun, setitik rasa ragu tersisa dalam hati. Leo tidak menjual cinta. Dia menjual ilusi. Di setiap sentuhan penuh kelembutan, di setiap renungan tajam dan suara serak menggodanya, tersembunyi dendam yang membara-bara. Dia pernah ditinggalkan di hari bahagianya oleh tunang sendiri. Asbab papa, hina dan tidak punya apa-apa. Leo nekad membina sebuah dunia yang sepenuhnya dikuasai cinta dan… luka. Bagi Leo, cinta merupakan satu permainan bahaya. Dia menyentuh, meraih dan akan melepaskan wanita-wanita itu dengan satu rasa yang tidak mampu mereka tangani. Dalam pelukan lembutnya, mereka pasti lupa pada setiap kesakitan ditinggalkan. Dalam rangkulan eratnya, mereka rebah bukan kerana cinta tetapi hilang tujuan. Namun segalanya mula berubah. Entah kenapa, prinsip Leo menjadi cacamerba. Tiba-tiba, muncul seorang pelanggannya terlalu sukar untuk dijinakkan. Wanita itu tidak meminta simpati, tidak juga menginginkan belaian manjanya. Wanita itu hanya mendambakan sebuah kebenaran di sebalik dunia ciptaan Leo ini. Dan… buat pertama kalinya Leo mula goyah. Adakah buku telah bertemu ruasnya? “Nama aku Leo. Biar seisi dunia memulaukan kau, aku tetap menjadi alasan untuk kau terus hidup. Walau, aku sendiri telah lama mati dalam bercinta.” – Leo Nadal

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan