Puaka Sekolah: Stor Sukan oleh Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera

Puaka Sekolah: Stor Sukan by Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 9786294640542
Ukuran file: 5.22 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan sukan yang ada di stor itu. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau mahu tahu, di mana tempat paling berpuaka di dalam sekolah kita?” tanya Megawati. Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya. “Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar! * * * * * Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan