Siri i-Baca Hitam Si Tampuk Manggis oleh Nur Izzati Abdullah, Zurhan Bakar

Siri i-Baca Hitam Si Tampuk Manggis by Nur Izzati Abdullah,  Zurhan Bakar from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: Teen Novel
ISBN: 9789834712686
Ukuran file: 9.41 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Hitam Si Tampuk Manggis Mengisahkan seorang remaja lelaki, Asri yang sentiasa berasa rendah diri disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya. Asri yang berkulit gelap dan bertelinga capang sering menjadi bahan ejekan rakannya. Mampukah dia bertahan dengan ejekan rakan-rakannya? Di Persimpangan Mengisahkan dilema Anis, seorang lelaki lembut yang sering diejek dan dipermainkan oleh rakan-rakannya. Anis ingin membuat pembedahan jantina, tetapi mendapat tentangan daripada bapanya. Apakah yang terjadi seterusnya? Misi Di Bumi Asing Mengisahkan Sarjan Noriana yang merupakan seorang ahli paramedik Angkatan Tentera Malaysia ditugaskan ke Bamiyan, Afghanistan. Beliau berkhidmat di sana dalam keadaan yang boleh mengancam nyawanya. Mampukah dia menghadapi segala ujian dan dugaan berasa berada di sana? Persembahan Hari Merdeka Mengisahkan Aina Irdina yang ditugaskan oleh gurunya untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Hari Merdeka peringkat sekolah. Aina telah mengajak Zulaikha, Leong Wah dan Jayanti untuk menjayakan persembahan tersebut. Mereka cuba memujuk Syahimi dan Jason Lim untuk menyertai mereka, namun menghadapi masalah untuk meyakinkan dua orang sahabatnya itu. Bagaimanakah Aina menyelesaikan masalahnya?

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan