Bertaut Kasih oleh Zara Lily

Bertaut Kasih by Zara Lily from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Bertaut Kasih
Penulis: Zara Lily
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0657-84-4
Ukuran file: 1.55 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

DHIEYA ARISHA… Gadis yang hampir tercampak ke dalam neraka ciptaan manusia berhati binatang. Namun qada' dan qadar Tuhan, dia diselamatkan oleh seseorang. Namun tidak semudah itu perjalanan sebuah kehidupan. Setiap pertolongan mengharapkan sebuah pembalasan. Tidak mudah lelaki itu untuk melepaskannya. Tetapi itu bukan sebab utama. Ada sesuatu yang istimewa menggugat naluri hati lelaki itu menyebabkan dia nekad. Kerana budi yang ditabur lelaki itu, maruah dirinya masih terpelihara. Tiada pilihan namun dia akur andai itu ketentuan Ilahi. “Dhieya tak kisah macam mana abang nak buktikan cinta dan kasih sayang abang pada Dhieya. Sebab... kasih Firdaus dan Dhieya sudah lama bertaut di dalam hati ni… Hati kita… Firdaus... dan Dhieya...” - Dhieya SYED FIRDAUS HAKIMI… Lelaki yang keliru dengan perasaan sendiri. Pada pandang pertama, hatinya tercuit namun ego seorang lelaki mengatasi segala-galanya. Dhieya Arisha diikat hanya demi kepentingan diri dan nama. Namun keperibadian Dhieya Arisha telah mengikat hati Syed Firdaus Hakimi untuk terus mendekati gadis itu. Setiap jalan menuju kebahagiaan pasti akan ada jalan yang berliku. “Lelaki ini tetap setia menunggu suri hatinya, meredai isteri kesayangannya dan ingin dia mengetahui yang dia tidak keseorangan, masih ada seorang lelaki ini yang menantinya. Biar berjuta yang menghalang, biar beribu yang menduga tetap takkan merubah hati dan perasaan abang, selamanya jika diizinkan Tuhan.” - Firdaus Bagaimanakah Dhieya Arisha menghadapi sikap Puan Sri Sh. Faridah yang terlalu mementingkan darjat dan harta? Bagaimanakah pula kehadiran Karinna yang menagih janji daripada Syed Firdaus Hakimi? Bagaimana pula dengan Sh. Emilina, sepupu Syed Firdaus Hakimi yang sudah lama mencintai lelaki itu dan juga merupakan calon pilihan ibu Syed Firdaus Hakimi?

Ulasan

Copycat
by Aini nur fatihah bt ishamudin on January 31, 2020

Macam ombak rindu..lain SIKIT je

Hhmm
by Nadia Bt Sheikh Mohamed on April 01, 2020

Story plot biasa je. Tapi penulis buku ni tak rujuk sesiapa ke ek bila tulis dlm bahasa inggeris? Ayat lintang pukang. Grammar tunggang langgang. Tulis je dalam bahasa melayu sepenuhnya. Sakit pulak hati baca bila keluar ayat dlm bi yg lari dari landasan. My advice utk penulis ni. Banyakkan membaca buku bi ya

Bertaut Kasih
by syazana on April 27, 2020

I like this more than Ombak Rindu

sederhana
by Fatin Nadzirah bt Abu Hasan on September 23, 2020

plot cerita ni agak mendatar jadi agak bosan sikit.. tapi ok je cerita ni

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan