Jujurlah Nikahi Aku oleh Umie Nadzimah

Jujurlah Nikahi Aku by Umie Nadzimah from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Umie Nadzimah
Kategori: Romance
ISBN: 978-967-0890-28-9
Ukuran file: 2.41 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis "istimewa?. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama? "Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi…" Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. AHMAD ZANIF… Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini? "Errr… Encik tahu rumah saya?" - Nurin "Ha… Itu tandanya apa?"- Zanif Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah… ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan… Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. "Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin…" Syarat Nurin. "Apa-apa saja saya sanggup." - Qayyum. Milik siapakah "Cinta Terakhir? Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

Ulasan

Jujurlah Nikahi Aku
by Fariha Mustapha on March 26, 2019

kalau boleh nak bagi lebih lagi star...best jalan citer novel ni..tahniah Penulis..suka watak Nurin..tegas n tetap pendirian dia..tapi part yg dy tahu Alan da masuk Islam tu lucu..terluah habis perasaan dia sebenar..

Sedih
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on December 24, 2019

Sedihnya kisah hidup nurin... dan endingnya sangat manis!!!

Jujur nikahi aku
by RAMLAH on February 07, 2020

Sangat best novel ni..kisah ibu yang membezakan kasih sayang terhadap anak2 nya.. nurin anak yang sangat dibenci.. last anak inilah yang menjaga nya ketika keseorang kerana ditinggalkan oleh zurin anak yang sangat2 disayangi.. dalam novel ni penulis mengambarkan betapa orang yang sabar itu akan mendapat kemenangan akhirnyaj

takleh bace lagi
by Nur atiqah bt abdul rahman on February 14, 2020

cane nak download nih

Best cerita
by Nurlaelah on February 16, 2020

Alur cerita enak untuk dibaca,bahkan ada part yg berulang-ulang untuk dibaca. Sosok Alan adalah sosok lelaki dambaan banget,walaupun cuma ada didalam khayalan,but is the best lah pokoknya. Thnks pengarang buat cerita yg best lg ya

Terbaik
by Ain Zura on March 23, 2020

Tahniah Penulis

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan