Setulus Kasih Indah oleh Sakura Ria
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Setulus Kasih Indah
Penulis:
Sakura Ria
Kategori:
General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-0657-96-7
Penerbit:
Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
Ukuran file:
1.16 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
“Kau rapat dengan anak aku kerana kau nak kesenangan hidup, bukan? Kau nak kikis semua kekayaan anak aku, betul tak?”
Kerana terhutang budi,Indah Nur Sakinah tercampak di Seoul bersama hati yang lara. Bukan niatnya mahu pergi meninggalkan Hadif Rykal dalam keadaan tertanya-tanya. Namun,kerana mereka terlalu berbeza, dia dilayan bagaikan seorang pengemis jalanan. 5 tahun berlalu,dia kembali ke Malaysia. Sayangnya cinta Rykal sudah temui tarikh luputnya.
“Aku pernah menjadi pencinta yang setia, Indah. Tapi setia aku dipersiakan hingga aku terkapai-kapai dalam lautan kesakitan. Aku berusaha untuk keluar daripada lautan itu, Indah. Namun, aku tak rasa yang aku boleh jadi pencinta setia kembali....”
Indah cuba sedaya upaya menawan kembali hati lelaki itu. Ikatan yang sah memudahkan lagi dirinya untuk mendekati Rykal namun sayangnya segala usahanya dipandang sepi. Lelaki itu berterusan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.
Saat hatinya sudah mula belajar melepaskan Rykal pergi, nyawanya hampir melayang kerana satu kejadian. Kejadian itu telah membongkar semua rahsia yang disimpan rapi selama ini. Rahsia yang membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Rahsia yang menyebabkan dia menjadi seorang pengemis cinta Rykal.
“Please, jangan mengalah dengan aku. Kau sendiri cakap yang cinta kau tak ada tarikh luputnya. Bantulah aku, Indah. Temanlah aku dalam mencari cinta kita dulu...”
“… I tak rasa ia akan berjaya. Dendam you tu dah terlalu dalam dan I tak yakin yang kita masih boleh jadi seperti dulu...”
Apa yang akan terjadi akhirnya? Mampukah cinta memadamkan dendam di dalam hati mereka? Sesungguhnya maaf itu anugerah terindah yang Allah kurniakan untuk semua insan di muka bumi ini, tapi mampukah kemaafan mengembalikan cinta yang menghilang?
Ulasan
setulus kasih indah
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on February 05, 2018
interesting@Best...
Something different
by AHH on March 08, 2020
Finally, watak heroin yg strong and tak mudah menyerah kalah.
setulus kasih indah
by Rubina Abd Rahman on July 06, 2020
best
Ski
by Erda Iskandar on March 16, 2021
English tunggang langgang... Penggunaan bahasa melayu pun biasa2, x menarik. Pls pick up the review, author..start polishing.. long way to go. Confuse dgn review2 sblm ni..
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.