Aristokra oleh Ahmad Patria

Aristokra by Ahmad Patria from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Aristokra
Penulis: Ahmad Patria
Kategori: Teen Novel
ISBN: 978-967-369-331-3
Ukuran file: 0.87 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Nashan. Sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir. Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan. Dan kini pemerintahan Melyn diancam bahaya. Sursis, pahlawan adi dan panglima gagah dari banjaran gunung jauh, mahu menakluki Nashan. Kehadiran Mori, kesatria misteri yang dikirim oleh Artakus, Lodra Perang Aurora, bakal mengubah segala-galanya. Namun, kehebatannya tidak dapat menandingi kegagahan Sursis, yang belum pernah tewas dalam pertempuran. Percaturan Merkia, wizra terulung yang menguasai magis tinggi, memberikan sinar harapan dalam usaha mereka menentang ancaman musuh. Namun, rahsia yang bakal menentukan takdir seluruh Nashan tersembunyi dalam legenda Spiara Bulwar. Firasat murni dan magis tinggi, persahabatan sejati dan pengkhianatan misteri, kesemuanya tergabung dalam perjuangan Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri Kushan yang pintar dan jelita, yang paling terkenal dengan hanya satu gelaran, Aristokra.

Ulasan

Novel yang tak disangka sangka...
by Spentot de Berlinetta on March 30, 2021

Tak banyak novel yang boleh buat airmata lelaki saya mengalir. In fact, sepanjang ingatan saya, hanya 2 novel sahaja yang mampu buat sedemikian, termasuk Aristokra. Dunia kita dah semakin parah. Nilai-nilai kemanusiaan semakin terhakis, sedikit demi sedikit. Tapi novel ini boleh buatkan saya berasa masih ada lagi sisa-sisa naluri kemanusiaan sesama manusia, di dalam bentuk yang paling mudah: keikhlasan. Aristokra adalah novel pertama dalam siri Kronika Nashan, dan sudah ada 4 novel kesemuanya, dan jalan ceritanya masih lagi berterusan. Saya geleng kepala bila fikir macam mana penulis novel ni merangka kisah yang sebegini indah. Tak terucap...... Tak terungkap...

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan