Romancinta oleh Nicki Lee

Romancinta by Nicki Lee from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Romancinta
Penulis: Nicki Lee
Kategori: General Novel
ISBN: 978-967-0907-08-6
Ukuran file: 2.13 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula. Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda. Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang. Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu. Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia. Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.

Ulasan

awesome
by nurul on May 30, 2016

saya suka jalan cerita nya dan watak fandi yang penyabar.

good reading
by Fakhirudin bin Mohd Razali on February 15, 2017

nice storytelling....

Nice Experience
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on July 19, 2019

Plot menarik.. ingatkan bella tu nabilah tapi ...........

Best...
by Najla on January 16, 2020

Good reading... Recommended...

nice
by Jessica Mary anak Bugi on March 31, 2020

cuma sad ending sebab shark tak hidup bahagia dengan fifi

Romancinta
by Nadia Bt Sheikh Mohamed on April 23, 2020

Great storyline

RomanCinta
by on June 25, 2020

Thumb's up untuk naskah yang mampu membuat pembaca tidak berhenti untuk 'merungkai' watak dalam kisah ini.

X boleh baca
by Tunna Rashid on November 15, 2020

Kenapa x boleh baca ? Hanya keluar simbol2 saja .... ????????????????????

Plot Terbaik
by Niess Aziz on February 06, 2021

Seronok baca romancinta..nicki bijak mengadakan jalan cerita yang tak dapat kita duga sehinggalah ke hujung cerita.tak membosankan novel ini

Romancinta
by Norafizanizan bt Maudin on January 01, 2022

Best..jalan cerita menarik.

Awesome
by bellachan on September 26, 2022

Pertama Kali baca novel penulis ni. Mulanya beli sebab tertarik dengan cover buku. Lepastu buka tengok rating wowww. Tinggi! Storyline yang menarik. Plot tersusun dan kemas. Watak2 dikembangkan dengan baik. Semoga penulis terus berkarya. Cuma kecewa sebab terbaca spoiler dalam review! Kenapa perlu masukkan spoiler dalam review?? Dah tak terkejut dengan plot twist sebab terbaca spoiler tu. Reviewer tolong la ada common sense sikit. Tak semua orang suka spoiler! (-.-')

Romancinta
by Datin R. Ramly on July 04, 2023

Best!

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan