Antioksidan oleh Dr Bruce Miller

Antioksidan by Dr Bruce Miller from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Antioksidan
Penulis: Dr Bruce Miller
ISBN: 978-983-2652-42-7E
Ukuran file: 0.64 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Kejelitaan tulen menyinari dari dalam, dan wanita yang paling jelita ialah wanita yang mempunyai wajah luaran yang berseri-seri dan mencerminkan keharmonian dalaman. Lebih daripada pakaian, kosmetik, atau fesyen rambut, kejelitaan bergantung kepada kesihatan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, dan rohani. Sifat-sifat wanita yang semulajadi, seperti rambut, kulit dan kuku, apabila disuburi dengan nutrisi optimum, boleh membuatkan wanita itu kelihatan cantik dan menarik. Ramai wanita sanggup berbelanja jumlah wang yang besar untuk membuatkan mereka kelihatan menarik dari luar. Selepas membaca buku ini, saya harap anda bersedia membelanjakan wang dan masa sebanyak itu juga untuk membuatkan anda kelihatan sihat dari dalam. Pasti pelaburan anda ini akan mendatangkan pulangan yang beberapa kali ganda besarnya! Bukti-bukti yang sah datang mencurah-curah daripada beberapa penyelidikan bahawa nutrient-nutrien antioxidant boleh memainkan peeranan yang berkuasa dalam mencegah beberapa jenis penyakit. Ini termasuk masalah-masalah seperti penyakit jantung, kanser, katarak, sclerosis berganda, kemerosotan macular, penyakit Parkinson dan banyak lagi. Setakat ini, kajian-kajian telah pun mengenal pasti lebih 60 keadaan kesihatan yang mungkin dapat dicegah atau dirawat oleh penambahan antioxidant, dan senarai ini kian hari semakin panjang. Sebenarnya, para penyelidik menganggarkan perangkaan yang menakjubkan; iaitu 80 hingga 90 peratus daripada semua penyakit degeneratif melibatkan radikal bebas! Antioxidan benar-benar merupakan perbatasan baru dalam bidang nutisi. Sistem antioxisidan dan system imun begitu jalin-menjalalini sehingga ramai kini menganggapkan antioxidan sebagai sebahagian daripada system imun. Penggunaan antioxisidan yang wajar mungkin sama pentingnya dengan penemuan antibiotik untuk kesihatan kita. Matlamat buku ini ialah untuk mengemukakan satu strategi bagi membantu anda mencegah kemunculan penyakit-penyakit yang disenaraikan. Barangkali anda dapat mempertahankan perkembangannya jika penyakit itu sudah bermula, bahkan mengundurkan proses perkembangannya sama sekali. Adalah cerita ini terlampau indah untuk dipercayai? Kajian-kajian saintifik terkini yang sah menunjukkan bahawa saya sebenarnya mungkin meremehkan hal ini. Tumpuan utama ialah terhadap nutrien-nutrien yang terbukti dapat memberikan perlindingan terhadao penyakit-penyakit ini apabila ia dimakan dengan amaun yang jauh lebih tinggi daripada “Recommended Daily Allowance (RDAS).” Seorang penyelidik terkemuka menyifatkan ini sebagai ‘gelombang kedua dalam penyelidikan vitamin dan mineral.’

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan