Arkeologi Bukit Tengkorak, Sabah oleh Stephen Chia

Arkeologi Bukit Tengkorak, Sabah by Stephen Chia from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Stephen Chia
ISBN: 978-967-461-051-7
Ukuran file: 16.52 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini membincangkan tentang kajian arkeologi di tapak Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah dari tahun 1994 hingga 2014. Hasil kajian arkeologi di Bukit Tengkorak telah menunjukkan bahawa tapak tersebut bertarikh sekitar 3,000 tahun dahulu dan merupakan sebuah tapak prasejarah yang penting di kawasan Asia Tenggara dan Pasifik. Survei dan ekskavasi di Bukit Tengkorak mendedahkan bahawa tapak tersebut sangat kaya dengan bukti dan artifak arkeologi seperti tembikar, alat batu, dan sisa makanan. Kajian saintifik yang dijalankan di Bukit Tengkorak pula mendapati bahawa tapak tersebut merupakan salah sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di kepulauan Asia Tenggara. Penemuan yang penting dari Bukit Tengkorak adalah bukti arkeologi tentang migrasi manusia prasejarah dan laluan pertukaran atau perdagangan maritim yang terpanjang di dunia pada Zaman Neolitik. Turut dimuatkan dalam buku ini adalah tradisi pembuatan tembikar etnik Bajau yang mempunyai kaitan dengan tembikar prasejarah Bukit Tengkorak dan maklumat ringkas tentang tapak-tapak arkeologi yang lain di Semporna untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang arkeologi di Semporna dan Sabah. Akhir sekali, buku ini membincangkan tentang sejarah pembangunan Bukit Tengkorak sebagai sebuah tapak warisan arkeologi untuk tujuan pelancongan arkeologi di Semporna, Sabah dan Malaysia.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan