[ No Description ]



 



Rp 96.216

Perkhidmatan kaunseling adalah perkhidmatan yang profesional. Cabaran utama bagi setiap kaunselor dan pelajar kaunseling ialah untuk menjalankan sesi kaunseling yang berkesan dengan klien yang datang dari pelbagai latar belakang budaya. Ini bermakna mereka bukan sahaja mampu menterjemahkan maklumat teoretikal ke dalam pengamalan kaunseling tetapi perlu mampu menangani isu-isu profesional dan dilema etika dalam setiap sesi kaunseling yang dikendalikan. Justeru, buku ini dihasilkan untuk memberi (1) bekalan ilmiah tentang pengetahuan, kesedaran, dan kemahiran penyelesaian dilemaetika, (2) pendedahan realistik tentang sesetengah isu etika dan profesional melalui kaedah kajian kes, dan (3) panduan strategik dalam mengurus dan membuat keputusan beretika melalui kaedah rangsangan minda dan refleksi kendiri. Dengan berbekalkan tinjauan literatur yang komprensif, kajian kes yang pelbagai dan dapatan kajian terkini, maka buku ini diharapkan dapat menjadi panduan utama kepada para kaunselor, pelajar, pendidik, penyelidik, dan pengamal kaunseling dalam meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme mereka.
view book