Buku ini bertujuan untuk memberi panduan bagaimana Pulau
Perhentian dapat dibangun dan diuruskan secara yang lebih luhur
dan lestari. Bagaimanakah penduduk, terutama yang menetap di
Kampung Pulau Perhentian Permai dapat dibantu agar mereka
turut menikmati faedah dari hasil ekopelancongan? Penyediaan
pelan pembangunan di pulau ini hendaklah mementingkan
pembangunan yang seimbang antara pembangunan ekonomi,
pemuliharaan alam sekitar, mengutamakan kebajikan penduduk
miskin, menjaga warisan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk
asal. Pulau Perhentian sepatutnya dibangunkan dengan visi
pembangunan yang jelas dan program yang memberi kesan yang
positif dan diterima majoriti penduduk. Program pembangunan
yang bermakna ialah program yang inklusif, dirancang dari bawah
dan dibentuk dengan berteraskan keperluan penduduk.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.