Pertemuan yang singkat antara Qistina dan Fairil telah membuahkan rasa cinta yang tak terperi di hati masing-masing. Namun, hanya tinta-tinta hati yang berkata, sedangkan masing-masing memendam sejuta rasa. Namun, jika hanya mainan mata Fairil yang dilayangkan untuk melafazkan getar rasa, sememangnya ia sekadar menambahkan kekeliruan di kotak fikiran Qistina. Dalam kebingungan memahami getaran hati, Fairil pergi meninggalkan Qistina tanpa sepatah kata. Sungguh Qistina termangu sendirian. “Andai kau pergi meninggalkan aku kerana perempuan itu, aku redha Fairil. Sungguh aku redha. Aku tahu aku bukan selayaknya untuk bergandingan denganmu. Andai cinta ini terus milikmu aku akan pelihara sebaik mungkin. Akan aku cinta kamu di setiap nafasku ini. Namun, andai aku bukan untukmu, akan aku pupuskan cinta ini untuk aku meneruskan hidup dengan yang selayaknya.” Hati yang lara membawa Qistina, jauh ke perantauan. Di Jerman dia mengubat hati yang luka. Kehadiran Fariz membuka semula lembaran baru dalam hatinya. Dalam gelodak menyemai perasaan cinta, sekali lagi Qistina teruji. Fairil kembali untuk merebut cinta Qistina semula. Tidak! Qistina tidak tega untuk merobek hati Fariz, walau hakikat cintanya hanya milik Fairil selamanya.“Jika kau yang menjadi PENGHUJUNG CINTAKU, aku akan terima. Tetapi, jika orang itu adalah sebaliknya aku redha kerana mungkin dialah pemilik kunci hati di PENGHUJUNG CINTAKU ini…..”
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.