[ No Description ]
BLURB “Kita order apa tadi? Lambat sangatlah, I lapar.” SHANA ARMIN Acah-acah manja, padahal meluat. “Shana? You duduk atas riba I.” ALI ASYTAR Kategori jerung muka ketat, itu gelaran buat Ali. Pakej muka manis ada, tapi kedekut senyum. Yang peliknya, makin aku tak suka, makin jelas perhatiannya pada aku. “Did you make up? Sampai hati you kan Berhias dengan orang luar dari majikan sendiri.” ALI ASYTAR Kerja sebumbung tapi ibarat dia macam tunggul, aku pula macam kayu. “Excuse me. He's not my taste. Boleh sakit jantung kalau menghadap muka tu hari-hari. Sekali dia buka mulut, habis rumput kat tepi-tepi jalan tu semua mati.” SHANA ARMIN Bukan sebab aku benci dia, tapi hati sudah dikejar dengan seseorang yang aku suka. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Dan itulah namanya cinta. “Jodoh kita kuat. Cuma satu yang I minta, tetapkan hati you untuk I.” QASH ADRY Siapa sangka, bila hati sudah sayang ada yang muncul membuat pengakuan. “Nice to meet you. I'm Zarin, Adry's wife.” ZARIN Kenyataan yang pahit untuk ditelan apabila diri menjadi punca orang ketiga tanpa tahu kebenarannya. Hancur perasaan apabila kepercayaan dikhianati. Manakala Ali, dalam diam mengatur rancangan. “I don't know why I agreed to be engaged with you. Mungkin ada hikmahnya. I cuma ikut aje permintaan orang tua kita.” ALI ASYTAR Pada aku, hubungan ini terlalu rumit. Yang pasti, akan ada yang terluka. “Terpulanglah. Cuma apa yang ayah nak ingatkan, memilih suami itu seperti Shana memilih untuk akhirat Shana. Baik suami Shana, maka hebatlah akhirat keluarga Shana kerananya.” ARMIN Namun, disaat bahagia muncul, aku sekali lagi diuji. “Gugurkan anak tu!” PUAN AMINA Kerana dendam, hati mula jadi hitam. Kerana benci, kata maaf tiada kepentingan lagi. “I akan lebih menyesal kalau you tak bahagia.” ALI ASYTAR Sayang aku pada Ali, bukan hanya menuntut janji. Dia cinta aku sampai bila-bila. Hidup adalah perjalanan, bukannya pertandingan.