[ No Description ]



 



Rp 213.289

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan Bahasa Melayu, P&P yang berkesan amat diperlukan. Oleh itu kepelbagaian dalam pendekatan, kaedah, strategi dan teknik perlu difahami untuk diaplikasikan dalam P&P yang kian mencabar. Buku ini menghuraikan dengan jelas dan mendalam pendekatan-pendekatan terkini yang merangkumi pendekatan kontekstual, masteri, koperatif, kolaboratif dan konstruktif. Di samping itu penggunaan peta konsep dan peta minda turut dimuatkan untuk menambah keragaman pendekatan yang boleh dipilih guru agar aktiviti di bilik darjah itu lebih menarik dan menyeronokkan pelajar. Teknik-teknik P&P juga dihuraikan dengan terperinci agar dapat membantu guru menjalankan tugas dengan berkesan. Antaranya ialah teknik penyoalan berkesan dan teknik pembelajaran atas talian. Strategi pengajaran Bahasa mengikut situasi juga dijelaskan dalam buku ini agar dapat membantu guru menjalankan P&P dengan Berjaya. Kesemua bab turut dilengkapi dengan aktiviti pengukuhan menjadikan buku ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada bakal guru di institusi pengajian tinggi, guru novis dan guru-guru Bahasa Melayu yang sedang mengajar sama ada di sekolah rendah atau menengah.
view book