[ No Description ]



 



Rp 59.927

Nama aku Ummu Aiman atau mesra digelar Iman.Aku sebatang kara yang menumpang kasih Muhammad,lelaki yang aku sayang.Memang untung dapat lelaki segak berkaca mata yang diminati ramai walau Muhammad tak segak mana pun.Mungkin sebab kaca mata membuatkan Muhammad matang dan bergaya.Tapi satu benda yang orang tak tahu mengenai dia. Dia tak romantik.Tak apa... Aku tak kisah pun tapi dia seorang yang berhati keras.Senyumannya manis tapi harganya mengalahkan mahal sejongkong emas.Susah nak tengok! Seorang yang kepala batu.Nak aku ikut cakap dia tapi cakap aku? Tak pakai langsung! Mulut dia asid.Setajam kaktus walau itu pokok kesukaan aku.Padan sangatlah tu. Kisah bermula bila selepas arwah abah angkat aku meninggal,aku jumpa seorang bayi yang hanya dibaluti kain batik lusuh di dalam kotak yang tertera logo sabun pencuci baju keluaran syarikat Muhammad.Fikiran dah fikir bukan-bukan.Tak sanggup aku kalau itu anak Muhammad. Anak siapa? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni juga diletakkan depan pintu rumah aku?
view book