[ No Description ]



 



Rp 79.903

Organisasi maklumat bermula sebaik sahaja manusia menclpta bahasa dan menggunakannya bagi membolehkan maklumat disebarkan daripada seseorang kepada yang lain.Buku ini memberi penerangan menyeluruh mengenai bidang organisasi maklumat dengan memberi penekanan kepada maklumat atau pengetahuan yang telahpun direkod. Memandangkan maklumat boleh direkod dalam pelbagai jenis media, seseorang yang ingin memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengorganisasi maklumat perlu mengetahui janis, kegunaan dan keperluan untuk mengorganisasinya. Proses mengorganisasi sumber maklumat tidak lengkap jika tidak mengelaskannya. Menurut proses pengelasan, setiap bahan diberi satu nombor unik untuk menentukan lokasinya di rak. Buku ini turut mengenal pasti prinsip utama dan amalan berhubung dengan mendeskripsikan sumber maklumat. Prinsip asas klasifikasi terutamanya bagaimana mengkategori sumber maklumat mengikut bidang pengetahuan dan subjek khusus turut dibincangkan. Aspek ini seperti pross pengindeksan automatik dan pengorganisasian fail juga dihuraikan. Beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem dalam talian turut dikemukakan. Antaranya aspek reka bentuk sistem sebagai penghubung rekod metadata untuk pakej maklumat yang ada dalam satu-satu domain.
view book