[ No Description ]



 



Rp 50.536

Asyraff Hadi, cintanya pernah ditolak teman baiknya, Mya. Bila hadir Hada Saffra, teman sekuliah di medical school menghulur cinta, dia jadi cuak, trauma nak terima kerana baginya, persahabatan akan rosak bila ada perasaan berlebihan.

 

Hada cuba meraih peluang cinta dengan Hadi berkali-kali  namun gagal. Terus terang saja Hadi reject dia. Patah hati, cinta Dr. Darren diterima dan mereka bertunang. 

 

Hadi nak jealous? Taklah. Dia bukan ada ‘renjatan letrik cinta’ pun dengan Hada, jadi dia langsung tak ambil pusing. Hada pindah ke HKL pun dia tak heran kerana dia masih larut dengan  kesedihan kisah cinta lamanya yang yang tak kesampaian.

 

Sebagai pakar bedah mulut dan Maksilofasial, terbuka peluang untuknya bawa diri sesambil  menabur bakti di kem trauma Syria. Di sana dia bertemu Ain, gadis lincah yang menjadi sukarelawan sebumbung di khemah perubatan. Macam biasa, ramah dan mesranya membuatkan Ain jatuh suka.

 

“Saya suka doc.”~AIN

 

“Eh, tengah-tengah peluru nak hentam kepala otak pun nak bercinta? No, lah Ain!”~HADI

 

Tapi namanya Hadi, tak mudah untuk jatuh cinta semula tapi bila ada doctor baru menyertai kem,  dia rasa lain macam. Ada perasaan aneh yang selama ini cuba dibuang kembali mekar.

 

“Saya menyertai misi kerana  tunang saya ada di sini, bukan kerana awak.”~HADA SAFFRA

 

 “Buktikan  awak kata-kata awak itu betul, Hada! Your eyes never lies. You still want me!”~HADI

 

Mampukah Hadi meraih semula cinta yang pernah dia kesampingkan atau  dia perlu lepaskan saja cinta itu kerana Hada sudah punya yang lain?

 

Atau Hadi harus  terus mendiam dan dingin demi  berdepan  kegetiran misi perubatan di zon perang yang lebih memerlukan perhatiannya?

view book