Buku ini memberikan gambaran dan pendedahan sebenar kepada pembaca tentang senario berkaitan virus dan penyakit HIV/AIDS masa kini. Kadar jangkitan berdasarkan umur, bangsa, pekerjaan dan sebagainya disertakan bagi menunjukkan semua pihak perlu memberikan perhatian dan kerjasama bagi mencegah penyakit ini daripada terus meningkat.
Turut dikongsikan adalah maklumat dan penemuan hasil kajian termasuk bentuk stigma, punca stigma, pendedahan status kesihatan, serta persepsi penghidap HIV/AIDS terhadap penyakit tersebut. Isu berkaitan stigma turut dibincangkan berdasarkan teori yang dipelopori oleh Goffman. Kajian yang telah dilakukan dapat memberikan impak dan aplikasi terhadap praktis kerja sosial iaitu berkaitan cabaran yang akan didepani oleh pekerja sosial yang mengendalikan kes atau isu berkaitan HIV/AIDS.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.