[ No Description ]



 



Rp 101.613

Kumpulan Puisi Benarlah Katamu mengandungi sajak yang berkisar tentang pelbagai tema. Antara tema yang diutarakan mencakupi tema kekeluargaan, ketuhanan, alam sekitar, kemanusiaan, kasih sayang dan sebagainya. Sebahagian besar sajak merupakan sajak baharu, sementara 22 buah sajak lagi pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Harian. Sajak Benarlah Katamu yang menjadi tajuk kumpulan puisi ini memaparkan pengakuan tulus seorang anak yang kemudiannya menjadi ibu, akan kebenaran kata-kata ibunya bahawa, “Setelah menjadi ibu, kau akan tahu, putih kasih mak, sonder syarat dan sebab”. Kasih sayang seorang ibu tidak memiliki sebarang syarat, “marah seorang ibu hanya berakhir di mulut dan tidak pernah sampai ke lantai hati”. Demikianlah, kata-kata seorang ibu memiliki kebenaran dan doa sesuai dengan kedudukan “syurga” di bawah telapak kakinya!

view book