[ No Description ]



 



Rp 75.398

Dulu, ANGGUN ZEA diceraikan, hanya kerana dia rasa janggal berkahwin dan bersama dengan sepupu sendiri. Namun, selepas penceraian, Anggun kembali digilai. Kini, setelah Anggun berjaya dihalalkan buat kali kedua, bagaimana pula hidup mereka bila saban malam, ITHNAIN AKASHAH asyik mimpikan perempuan yang sama?  “You jangan main-main, Shah. Tak sampai setahun lagi usia perkahwinan kita. I tak terima lamaran you semata-mata untuk dilukakan buat kali kedua!” Belum sempat Akashah menjawab, Anggun dah terlebih dulu memberi amaran.  Malangnya, Akashah tetap juga tak berubah.  “Jangan wangi sangat. Haruman tubuh you, hanya untuk I hidu.” Amaran Akashah, berbaur cemburu. “Saja nak ingatkan, kalau you ceraikan I… lelaki lain, akan dapat apa yang you lepaskan,” tutur Anggun, langsung tak fikirkan kesan kata-kata yang dihambur.  “You nak I buktikan betapa you milik I, luar dan dalam?” soal Akashah, seraya mencengkam perlahan leher isterinya! Renungannya, setajam helang! Berang bila Anggun ucap kata cerai.  Sangka Akashah, cinta Anggun seteguh cintanya. Namun, kenapa wujud Zamarul, ketika mereka sedang bahagia? “Why didn’t you let the best man wins?” duga Zamarul. Akashah sedar, Zamarul masih menaruh hati pada Anggun. Maka, tak mungkin dia biarkan Zamarul memuja bunga kepunyaannya.  “Kerja dengan I,” pinta Akashah, senafas.  “I sayang kerja I.” Balik-balik, jawapan yang sama Anggun berikan. Benarkah, atau ada Zamarul disebalik alasan?  Lantas, apa kesudahan perkahwinan kedua mereka? Benarkah Anggun Zea hanya tercipta untuk Ithnain Akashah? Atau… Anggun sudah mula belajar hidup tanpa Seductive Akashahnya?
view book