[ No Description ]



 



Rp 95.960

Pertemuan kali pertama antara Orkid dan Datuk Ir Arman, membuatkan Arman tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berborak dengan kupu-kupu di tengah taman ? Gadis misteri yang mencuit hati Arman yang sudah lama dingin dan pesimis dengan wanita. Orkid binti Abdullah, satu watak yang begitu naif dan hatinya bak berlian yang sukar untuk dinilai oleh mata kasar. Rela berkorban asalkan orang yang dia sayang bahagia walaupun jiwanya tersakiti. Orkid, seperti namanya, lembut tapi kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Arman, pengalaman hidupnya yang penuh liku dan derita buatkan dia sangsi pada wanita dan sepi dalam hidup. Walaupun diuji dengan masalah keluarga dan sebatang kara dari awal usia, dia terus meneruskan kehidupan. Bersangka baik dengan Tuhan sehingga dia berjaya mencipta nama. Walaupun Arman punyai segalanya, harta, ilmu, pangkat dan rupa, dia dikenali sebagai lelaki bengis yang tidak betah berada di samping perempuan. Lelaki garang yang digeruni ramai, itulah Datuk Ir Arman. Hidupnya penuh misteri tanpa ramai yang mengetahui siapa Arman sebenarnya. Pertemuan kali kedua antara Arman dan Orkid membuatkan jantung kedua-duanya berdegup kencang. Kelembutan gadis bernama Orkid dan ilmu yang dimiliknya membuatkan Arman kagum dengan gadis itu. Kehadiran Orkid mencuit nalurinya walaupun hakikatnya, Orkid adalah di antara ketua pergerakan yang membantah projek pembinaan empangan terbesar di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat Arman. Dalam diam Arman merahsiakan siapa dirinya daripada pengetahuan Orkid. Menyatakan dia adalah orang biasa, gadis itu didekati dalam diam. Apabila Orkid jelas menolak, Arman mula mengundur diri. Pada Orkid, hatinya sudah dimiliki. Walaupun cintanya tidak berbalas namun dia sanggup menjadi pungguk yang menunggu rembulan. Namun, takdir membawa kedua-duanya bertemu kembali… 'Adakah ini cinta atau kegilaan untuk memilik?' - Arman 'Adakah ini suratan atau kebetulan? Kalau suratan, siapakah orangnya Ya Allah ? Ramadhan atau Arman? ' - Orkid
view book