Kita sering mendengar cerita mahupun berita di media sosial berkenaan dengan kera ekor panjang dan beruk yang mana kehadiran spesies berkenaan kurang disenangi oleh manusia serta dianggap sebagai haiwan perosak yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan bandar, luar bandar, kawasan-kawasan perlancongan, merosakkan tanaman di kebun dan ladang, mengacau haiwan ternakan, menceroboh masuk kediaman, membawa penyakit berjangkit, merosakkan harta benda dan yang paling merisaukan adalah boleh mendatangkan kecederaan dan kematian kepada manusia. Akan tetapi, adalah tidak wajar jika kita menyalahkan haiwan ini sepenuhnya di atas setiap kesalahan serta kerosakan yang dilakukan. Adakah spesies tersebut itu diwujudkan untuk menjadi haiwan perosak? Jawapannya sudah tentulah tidak. Sebenarnya manusia itu sendiri yang menjadi punca utama kepada terjadinya masalah ini melalui aktiviti-aktiviti pembalakan, pembukaan hutan untuk pertanian dan perladangan, pemburuan haram, pembangunan yang rakus dan sebagainya. Walaupun kita sering kali mendengar cerita mengenai kera ekor panjang ini, namun tidak ramai daripada kita yang mengenalinya dengan lebih dekat. Oleh yang demikian, tujuan penulisan buku ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada untuk diketengahkan kepada masyarakat agar masyarakat mendapat manfaat darinya. Ilmu dan pengalaman berkenaan kera ekor panjang yang ingin diketengahkan di sini adalah merupakan hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan ke atas kera ekor panjang di Taman Alam Kuala Selangor yang telah dimulakan sejak tahun 2011. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan terhadap kera ekor panjang ini bagi membantu dalam pengurusan dan pemuliharaan haiwan ini pada masa hadapan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.