Buku ini meneliti gerakan dan respons yang dilancarkan oleh Huatuan (Gerakan Pertubuhan Cina) dari
tahun 1969 hingga 1999 dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh hegemoni politik Melayu.
Tempoh masa tiga dekat ini dipilih memandangkan ia merupakan tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), dan manifestasi kehegemonian politik Melayu.
Tempoh ini juga merupakan masa kaum Cina dilanda berbagai‐bagai krisis dan dilema. Kajian buku ini
hanya bertumpu pada Huatuan yang lantang, aktif dan berkesan dalam menggemblengkan tenaga kaum
Cina untuk berdepan dengan cabaran tersebut. Antara yang mendapat perhatian ialah Dongjiaozong,
Dewan‐Dewan Perhimpunan Cina (DPC), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (GPCM), Gabungan
Dewan‐Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), dan 15 Huatuan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.