[ No Description ]



 



Rp 159.395

Membaca kisah sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri anda akan menginsafi, memahami dan mengakui bahawa akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia bukanlah sebuah akhbar biasa tetapi akhbar perjuangan yang tidak ada tokok bandingnya di negara ini. "Utusan Melayu tidak akan dapat dipisahkan daripada perjuangan bangsa Melayu." -Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj "Belum pernah dalam sejarah persuratkhabaran Melayu, sebuah akhbar dapat hidup begitu lama. Inilah sejarah yang diukir oleh Utusan Melayu." -Tun Abdul Razak Hussein "Pada masa lalu, Utusan berjaya menyatupadukan orang-orang Melayu serta meningkatkan semangat kebangsaan sehingga tercapainya kemerdekaan, sudah tentu pada masa ini boleh memainkan peranan bagi menyampaikan perutusan tertentu sehingga tercapainya matlamat Dasar Ekonomi Baru." -Tun Hussein Onn "Saya berbangga kerana Utusan dapat bertahan ke hari ini walaupun telah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran." -Tun Dr. Mahathir Mohamad "Saya yakin dan amat berharap agar media di Malaysia sentiasa menjungjung prinsip tanggungjawab demi kepentingan bangsa dan negara. Jangan hanya kerana nilai-nilai komersial, kita membunuh nilai-nilai murni yang diharapkan masyarakat." -Tun Abdullah Ahmad Badawi "Biarlah dalam abad ke-21 ini, Utusan terus menjadi Institusi yang unggul atas nama perjuangan bangsa dan agama." -Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
view book