Pernahkah anda mengalami sakit gigi? Kebanyakan daripada kita pernah mengalaminya sama ada sakit itu berada pada tahap ringan, sederhana mahupun teruk. Ramai antara kita yang masih tidak jelas, bagaimanakah gigi boleh sakit? Justeru, kandungan buku ini membawa penerangan ringkas berserta gambar-gambar menarik untuk membantu pembaca memahami tentang permasalahan sakit gigi, punca dan penyebabnya. Ramai yang berfikiran bahawa dengan mencabut gigi yang sakit boleh menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini memang tidak dapat dinafikan, namun ramai yang tidak menyedari ia adalah sesuatu yang merugikan kerana gigi tersebut boleh diselamatkan melalui rawatan salur akar. Jadi, buku ini turut menghuraikan tentang rawatan salur akar untuk merawat sakit gigi dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan masyarakat. Semoga buku Sakit Gigi dan Rawatan Salur Akar ini memberi manfaat kepada anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.