[ No Description ]



 



Rp 104.223

Penggunaan istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dalam tajuk buku bertema ini bukan sahaja merujuk sebuah mazhab akidah terbesar umat Islam, malah hal ini turut membawa pengertian bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah merupakan sebuah doktrin Islam yang mempunyai metodologi dan pendekatan tersendiri berpandukan al-Qur’an dan sunnah. Dari sisi lain, tujuan ditonjolkan istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah untuk membezakan antara pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dengan aliran pemikiran bidaah silam seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah dan lain-lain, serta aliran pemikiran bidaah Barat semasa seperti Sekularisme, Liberalisme, Ateisme dan lain-lain. Maka istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah didapati bersesuaian digabungkan dengan istilah “Menghadapi Cabaran Semasa” kerana istilah tersebut memberikan maksud keutuhan metodologi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dalam menghadapi pelbagai cabaran permikiran semenjak daripada generasi awal Islam sehingga zaman kontemporari kini.
view book