Buku Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan ini membataskan keseluruhan naratif lisan yang diperoleh di beberapa buah kampung berdekatan dan bersebelahan Kampung Pengkalan Datu, antaranya Kampung Pantai Senak, Kampung Kedai Lalat Dan Kampung Babong. Setiap cerita yang terkandung dalam buku ini sememangnya kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk moral positif dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia dan juga luar negara. Cerita-cerita ini diperoleh melalui kerja lapangan di tempat kajian secara sistematik. Temu bual dilakukan menerusi rakaman suara dan audio dengan menggunakan pita rakaman suara dan kamera DSLR. Data yang dirakam telah ditranskripsi ke dalam bentuk tulisan. Dengan itu, dengan setiap perancangan yang sistematik, maka terhasilnya buku yang berkualit untuk tatapan semua lapisan masyarakat.
“Cintailah Karya Sastera Sepenuh Jiwa”
“Kerana Jiwa Pencinta Umpama Seluas Lautan.”
“Bercintalah dengan Karya Sastera Sepenuh Jiwa”
“Kaya Jiwa, Maka Berkembanglah Sastera Tanpa Sempadan”
(Mohd Firdaus Che Yaacob, 2020)
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.