Buku ini disediakan khas buat pihak pengurusan pengajian tinggi, pusat pengurusan kokurikulum, penggubal kursus kokurikulum, tenaga pengajar serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memerlukan panduan cara melaksanakan kursus kokurikulum yang sejajar dengan pelan pembangunan pendidikan tinggi negara serta kemajuan teknologi semasa termasuklah revolusi industri 4.0. Semoga buku ini mampu memberikan gambaran akan kepentingan kursus kokurikulum dalam memperkasakan graduan IPT di Malaysia.
Pembangunan mahasiswa holistik mejadi aspirasi penididikan tinggi negara untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang. Kursus kokurikulum akan melengkapkan dan merealisasikan impian tersebut. Buku ini menyediakan kesemua panduan cara pelaksanaan kursus kokurikulum mencakupi daripada proses awal iaitu pembangunan hasil pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, keperluan tenaga pengajar serta penaksiran dan penilaian.
Perbincangan berkaitan dengan kursus kokurikulum dalam membangunkan kemahiran abad ke-21, pensejajaran kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia serta kokurikulum merentasi sempadan merupakan inti pati yang boleh memperkasakan lagi kursus kokurikulum di semua IPT. Tidak ketinggalan juga, isu-isu kewarganegaraan global dan pengurusan risiko juga dititikberatkan agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum mematuhi dan memenuhi standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Maznah Omar, Jariah Khalib, Badariah Hamzah, Chien Hui Siong, Tan Din Ding
Integration Notification
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.