[ No Description ]
Salah satu penyebab kematian utama manusia di seluruh dunia ialah kanser. Pendedahan kepada bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen menyebabkan berlakunya kerosakan DNA manusia dan munculnya penyakit kanser. Sifat karsinogen yang cenderung berikatan dengan DNA menjadikannya asas pembangunan dan pembinaan biosensor DNA. Maka, menjadi keperluan untuk membangunkan biosensor DNA pengesan bahan karsinogen. Secara keseluruhan, buku ini membincangkan tentang penggunaan serta perkembangan biosensor DNA dalam bidang pengesanan bahan karsinogen. Keistimewaan ialah tumpuan diberikan kepada penggunaan nanoteknologi terbaru dalam pembinaan biosensor DNA bagi pengesanan ketoksikan karsinogen.