[ No Description ]
Warga emas dan B40 merupakan golongan yang perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka terdedah kepada pelbagai kemerosotan dari segi kognitif, psikomotor dan sosial. Pelbagai teknologi dibangunkan khusus bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan golongan ini terutamanya dalam bidang kesihatan. Buku ini membincangkan kepelbagaian teknologi kesihatan digital yang dibangunkan khusus untuk warga emas dan B40 dalam pelbagai dimensi. Dimensi yang dibincangkan merangkumi panduan pendidikan pemakanan warga emas, aplikasi mesra warga emas, teknologi masa kini, penentuan menu sihat B40 melalui pemprograman linear, reka bentuk persuasif serta permainan digital bagi mengatasi kemerosotan kognitif ringan. Buku ini menyumbang kepada pengetahuan yang boleh menjadi sandaran kepada masyarakat awam dalam pelbagai bentuk teknologi yang boleh diaplikasikan untuk memberi kesejahteraan golongan sasaran. Buku ini juga menyumbang kepada perbincangan peluang dan cabaran teknologi digital dalam membantu mengurangkan permasalahan golongan sasaran. Beberapa garis panduan untuk pihak berkepentingan dalam pembangunan teknologi berkesan juga dihasilkan.