[ No Description ]



 



Rp 28.788

Dalam edisi ini, kami tampilkan pelbagai artikel menarik yang mencerminkan kepelbagaian dan kemajuan sektor pertanian negara. Antara sorotan utama ialah rencana khas mengenai kacang Poi, satu sumber protein alternatif yang berpotensi menjadi makanan masa hadapan dan artikel Canopytecture, inovasi landskap hijau yang membawa semula kehijauan ke tengah kota. Turut menjadi tumpuan ialah strategi kejayaan tanaman durian, yang menjadi kebanggaan negara di peringkat antarabangsa, serta inisiatif MARDI dalam memperkukuhkan bekalan ayam demi menjamin sekuriti makanan nasional. Bagi pencinta ilmu dan sains pertanian, pelbagai artikel rencana umum disajikan termasuk mengenai somaklonal buah nanas MD2, fungsi antioksida sebagai pengumpul radikal bebas serta beberapa artikel mengenai khasiat tumbuhan seperti moringa, halia bara dan keladi yang sarat dengan nilai perubatan tradisional. Tidak ketinggalan, artikel berkaitan kesan racun perosak terhadap mikroorganisma tanah dan pencemaran atmosfera memperluaskan perbincangan tentang kelestarian alam sekitar. Dalam segmen inovasi, pembaca akan didedahkan kepada pelbagai teknologi baharu seperti serbuk mulberi sebagai ramuan makanan, potensi ekstrak mengkudu dalam mencegah penyakit kanser durian serta sistem integrasi tanaman dalam kebun buah-buahan tropika matang. Bidang ternakan pula membincangkan teknologi dalam pengurusan perindukan anak ayam, sinkronisasi estrus dan paparan maklumat pertumbuhan lembu tempatan seperti KK, KK Elit dan Brakmas. Edisi ini turut mengetengahkan kemajuan dalam pengkomersialan teknologi, selari dengan Tahun Pengkomersialan Malaysia yang memacu inovasi ke arah kesejahteraan ekonomi dan pertanian mampan. Pelbagai kisah kejayaan diketengahkan termasuklah eksport nanas MD2 ke pasaran antarabangsa, inovasi makanan seperti kiub kimchi segera, pes cili boh dan serbuk jus tebu serta inovasi produk 2 dalam 1 madu kelulut dan sarang burung walit.

view book