[ No Description ]
Popi seekor pepatung kecil yang tinggal di sebatang sungai. Suatu hari, Popi sekeluarga perlu berpindah untuk mencari sungai yang lebih bersih dan jernih. Popi sedih. Opah memujuk Popi dengan menceritakan kisah asal-usul mereka dari Ibu Sungai. Popi akhirnya sedar bahawa sebuah tempat tinggal tidak bermakna jika tidak bersama keluarga.