Finding Mr.Right? emmm mungkin... Eirani Illiyana, seorang gadis biasa yang comel tetapi kecomelannya telah ditutupi dengan dirinya yang kebudak-budakan, kasar, dan tidak pandai menghiaskan diri. Dia pernah sukakan seorang senior di sekolahnya, Tuan Muda Haziq Iqmal yang merupakan anak tunggal Tan Sri Zarif. Eirani Illiyana tidak pernah memberitahu perasaannya pada sesiapapun kerana dia cukup sedar siapa dirinya jika dibandingkan dengan Tuan Muda kaya itu. Bagaimanapun, Haziq Iqmal sudah ditunangkan dengan anak Tengku Azmeer, Melissa Hardani seorang playgirl yang boros dan angkuh. Pertemuan semula, Haziq tidak sekali pun terlintas untuk menoleh ke arah Eirani. Bermacam kisah cinta dan lelaki diperkenalkan kepada Eirani Illiyana oleh temannya. Namun semuanya gagal kerana terlalu banyak sebab dan cerita. Teman gadis itu mula sedar cinta Eirani Illiyana pada Haziq Iqmal bukan sesuatu perasaan main-main. Mereka nekad untuk mengubah Eirani Illiyana menjadi seorang princess yang dapat menawan hati lelaki kaya itu. Pelbagai cerita direka kerana diri sendiri yang tidak cukup sempurna. Melissa yang mempunyai sejarah hitam, menjadikan Haziq Iqmal sebagai sasaran untuk menutupi dosanya. Dia mencipta sesuatu yang lebih kejam demi membuang ketakutan sendiri. Bila segala kebenaran akhirnya jelas.. Harus ada yang terluka, harus ada yang patut menerima balasan, harus ada yang bersama..Perlukah semuanya diubah atas nama cinta? Sedangkan cinta begitu tulus dan suci, cinta tidak pernah meminta-minta dan memaksa. Perlukah berubah menjadi orang lain hanya kerana cinta? Sedangkan cinta itu buta, tidak tahu memilih dan meneka siapakah sang putera yang membuatkan jantung berhenti berdegup, bibir menguntum senyum. Mengapa harus berubah, tiada cintakah jika semuanya terletak di tempat asal? Mengapa tidak biarkan saja rasa itu belayar, lalu berhenti di perhentiannya. Iaitu di perkampungan cinta abadi, di tasik kesetiaan, di lurah kepercayaan..Siapa tahu anda akan menemuinya di sini..Hanya di..‘Teman Lelaki Tepat Saya!!’..
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.