[ No Description ]



 



Rp 106.219

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU ke-12) yang diadakan pada 8 Mac 2008 merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed) , cukup bermakna dan membawa erti yang tersendiri kepada arena politik Malaysia secara keseluruhannya. Buat pertama kalinya bagi tempoh 50 tahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, Barisan Nasional hanya berupaya membentuk sebuah kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah, bukannya menguasai lebih 2/3 kerusi Parlimen. Dengan kata lain, PRU ke-12 memberi kejutan besar atau tsunami politik yang membawa implikasi besar dan tersendiri kiepada hala tuju politik Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang. Kemerosotan bilangan kerusi sama ada kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional selepas PRU ke-12 menimbulkan banyak tanda tanya. Antara persoalan tersebut termasuklah setakat mana persekitaran politik sedia ada berupaya membawa perubahan radikal yang mengejutkan banyak pihak termasuklah pengundi, calon dan parti politik yang bertanding? Apakah keadaan yang menyebabkan pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada pakatan politik PKR-PAS- DAP dalam PRU ke-12? Seperkara lagi, sejauh manakah media alternatif berguna dan memainkan peranan membekalkan maklumat terkini mengenai politik Malaysia kepada para pengundi, khasnya pengundi mudi dan pengundi bandar? Kesemua persoalan ini menjadikan PRU ke-12 sebagai suatu tema yang begitu menarik dan mencabar untuk dianalisis. Buku ini memuatkan tulisan sekumpulan 10 ahli akademik daripada Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Perbincangan dalam setiap bab dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: latar belakang politik negeri berkenaan sebelum PRU ke-12; persediaan calon, cara berkempen, isu dan parti yang bertandinguntuk berhadapan dengan PRU ke-12; dan analisis keputusan PRU ke-12 di negeri berkenaan. Kepelbagaian sumber dan pendekatan yang digunakan dalam buku ini penting bagi memberikan analisis dan tafsiran yang seimbang serta menyeluruh berkaitan dengan PRU ke-12.
view book